Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Roma 9

A A A
Alkitab Versi Borneo

Pilihan Allah yang utama

1Aku berkata benar dalam Kristus. Aku tidak berdusta, hati nuraniku mengesahkannya dalam Roh Kudus. 2Aku teramat sedih dan gundah dalam hatiku. 3Kerana aku rela terkutuk dan terpisah daripada Kristus untuk kepentingan saudara-saudara sebangsaku. 4AMereka itu orang Israel. Untuk mereka pengangkatan sebagai anak Allah; untuk mereka kemuliaan ilahi; perjanjian-perjanjian; penerimaan hukum, ibadat di Bait Suci, dan janji-janji. 5Mereka ialah keturunan nenek moyang yang termasyhur. Bahkan dari antara mereka jugalah Kristus lahir sebagai manusia. Dialah yang terutama dari segala sesuatu, Allah yang terpuji selama-lamanya. Amin.

6Ini tidaklah bererti Firman Allah telah gagal. Kerana bukan semua keturunan Israel itu diterima sebagai Israel. 7BJuga bukan semua keturunan Abraham diterima sebagai anak-anak Abraham. Sebaliknya, "Melalui Ishak benih keturunanmu akan dipanggil." 8Ini bererti, anak-anak Allah bukanlah keturunan tabii Abraham tetapi anak-anak janji Allah. 9CKerana demikianlah kata-kata janji itu: "Pada masa yang ditetapkan Aku akan kembali, dan Sarah akan mendapat seorang anak lelaki."

10Bukan itu sahaja, malah kedua-dua anak lelaki Ribkah mempunyai bapa yang sama, iaitu Ishak, bapa kita. 11DNamun demikian, sebelum anak kembar itu dilahirkan dan sempat berbuat baik atau jahat – untuk menegakkan kehendak Allah dalam pemilihan: 12bukan dengan kerja amal tetapi dengan Dia yang memanggil – Ribkah telah diberitahu: "Yang tua akan melayan yang muda." 13ESebagaimana tersurat dalam Kitab Suci: "Yakub Kukasihi, tetapi Esau Kubenci."

14Jadi, apa yang akan kita katakan? Adakah Allah tidak adil? Sama sekali tidak! 15FKerana Dia telah berkata kepada Musa, "Aku akan mengasihani sesiapa yang Kukasihani. Dan Aku akan berbelas kasihan kepada sesiapa yang Kubelaskasihi." 16Oleh itu, hal demikian bergantung bukan kepada keinginan atau usaha manusia tetapi kepada belas kasihan Allah. 17GKerana Kitab Suci berkata kepada Firaun: Aku telah mengangkatmu untuk tujuan ini, iaitu menunjukkan kekuasaan-Ku melaluimu dan supaya nama-Ku termasyhur di seluruh bumi. 18Dengan demikian Allah mengasihani sesiapa yang hendak dikasihani-Nya, dan mengeraskan hati sesiapa yang hendak dikeraskan-Nya hati.

19Seorang daripadamu akan berkata kepadaku, "Kalau begitu, mengapa masih menyalahkan kita? Kerana siapa yang dapat menentang kehendak-Nya?" 20HTetapi siapakah engkau, hai manusia, maka engkau menghujahi Allah? "Adakah ciptaan berkata kepada penciptanya, 'Mengapa kaubuat aku begini?' " 21Tidakkah tukang tembikar berhak membuat daripada segumpal tanah liat yang sama, beberapa bekas tembikar untuk tujuan mulia dan yang lain untuk kegunaan biasa?

22Bagaimana jika Allah, untuk menunjukkan kemurkaan-Nya dan menyatakan kekuasaan-Nya, setelah begitu bersabar terhadap orang yang dimurkai-Nya, membuat persediaan untuk membinasakan? 23Bagaimana jika Dia berbuat demikian untuk memperlihatkan betapa besar kemuliaan-Nya kepada orang yang menjadi tumpuan belas kasihan-Nya, yang telah disediakan-Nya terlebih dahulu untuk kemuliaan, 24justeru kita, yang telah dipanggil-Nya, bukan hanya daripada kalangan orang Yahudi tetapi juga daripada kalangan bangsa asing? 25ISebagaimana telah disampaikan-Nya melalui Hosea: "Aku akan memanggil mereka 'umat-Ku'

sedangkan mereka bukan umat-Ku;

dan Aku akan memanggil dia 'orang yang Kukasihi'

sedangkan dia bukan orang yang Kukasihi.

26JDan, akan terjadi bahawa di mana telah dikatakan kepada mereka,

'Kamu bukan umat-Ku,'

di situlah mereka akan dipanggil anak-anak Allah yang hidup."

27KYesaya juga telah berseru tentang umat Israel: "Walaupun bilangan anak Israel seperti pasir di tepi laut, hanya segelintir baki akan diselamatkan. 28Kerana Tuhan akan menjalankan hukuman-Nya di atas bumi dengan segera dan muktamad." 29LSamalah seperti kata Yesaya sebelum itu: "Sekiranya Tuhan alam semesta tidak membiarkan keturunan kita hidup,

kita tentu telah menjadi seperti Sodom, tentu kita seperti Gomora."

Israel yang tidak beriman

30Jadi, apa yang akan kita katakan? Bahawa bangsa-bangsa asing, yang tidak mengejar perbenarani, telah mendapatinya, iaitu perbenaran berasaskan iman. 31Sebaliknya orang Israel, yang mengejar perbenaran berasaskan hukum, tidak dapat mencapainya. 32Mengapa tidak? Kerana mereka mengejarnya bukan dengan iman, tetapi seolah-olah dengan mengamalkan kerja amal. Mereka tersandung pada batu sandungan. 33MSebagaimana telah tersurat: "Aku telah meletakkan di Sion seketul batu yang menyebabkan orang tersandung

dan sebuah batu pejal yang membuat mereka terjatuh,

dan orang yang percaya kepada-Nya tidak akan diaibkan."